portal rasmi eSIS

wEB bASED sTAFF iNFORMATION sYSTEM

eSIS merupakan pangkalan data interaktif berbentuk web-based yang dibangunkan berasaskan kepada empat objektif utama iaitu untuk meningkatkan kecekapan pengurusan data latihan staf, sebagai rekod pembangunan kerjaya berterusan, memperkemas data-data perjawatan dan memperkemas segala informasi berkaitan perkhidmatan staf dan pegawai di ibu pejabat Jabatan Pendidikan Politeknik (JPP) dan Jabatan Pendidikan Kolej Komuniti (JPKK) serta institusi Politeknik dan Kolej Komuniti. e-SIS diselenggara oleh Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya (BLPK) - kini dikenali sebagai (BKPro - Bahagian Kecemerlangan Profesional) dan dijadikan alat bagi menterjemah Agenda Pembangunan Modal Insan JPPKK serta memantau dan menilai partisipasi tenaga kerja profesional. Ia juga merupakan salah satu komponen dalam pentaksiran kelayakan pegawai-pegawai terutamanya dalam Pelan Penggantian JPP.

Sistem penyampaian kementerian juga semakin meningkat impak daripada data-data dan statistik yang konsisten serta tahap kebolehpercayaan data yang tinggi. Pihak pengurusan eksekutif dapat membuat keputusan dengan lebih tepat memandangkan data perjawatan, perkhidmatan dan latihan diperkemas secara online dan mereka dapat membuat mapping pelan penggantian dengan begitu mudah sekali disebabkan oleh maklumat yang mudah diakses secara global, real time, serta informasi di hujung jari.

Lagi…