Sejarah Dan Peranan eSIS

Sejak 2005 sehingga kini    ||    Peranan eSIS

Modul Perkhidmatan
eSIS merupakan platform utama bagi info perkhidmatan semua staf di Politeknik dan Kolej Komuniti. Maklumat perkhidmatan tersebut adalah seperti tarikh lantikan, tarikh bersara, sejarah perkhidmatan, buku rekod perkhidmatan, rekod akademik serta bidang pengkhususan,maklumat pasangan serta keluarga, maklumat tarikh pengishtiharan harta, maklumat pinjaman pengajian dan sebagainya.

Modul Perjawatan
Rekod perjawatan institusi seperti maklumat pengisian dan kekosongan perjawatan juga terdapat dalam eSIS. Rekod ini dikemaskini setiap bulan oleh pihak pentadbiran institusi. Maklumat perjawatan lain ialah maklumat pengisian jawatan ikut bidang dan jabatan/unit, maklumat norma pensyarah (e-perjawatan) dan submodul pertukaran PPPT (permohonan dan keputusan).

Modul Kenaikan Pangkat
Modul ini dilaksanakan mulai tahun 2011 secara berperingkat. Mulai tahun 2013, proses kenaikan pangkat dilaksanakan sepenuhnya dalam eSIS bermula dengan penyediaan dokumen kecemerlangan secara muatnaik sehingga sampai ke peringkat permohonan dan panggilan validasi serta paparan keputusan pemangkuan.

Modul Latihan
Pengemaskinian rekod latihan juga dibuat melalui eSIS. Antara program latihan yang berkaitan daripada proses permohonan kursus sehingga panggilan berkursus melalui eSIS adalah program CPCM, PPK, SIP dan Kursus Dalaman. Manakala bagi program latihan lain akan direkodkan oleh unit latihan institusi secara individu. eSIS telah memudahkan pihak institusi membuat pemantauan Statistik latihan 7 hari berkursus sepanjang masa.

SPMP (Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik)
eSIS telah membuat integrasi data dengan SPMP berkaitan data staf. Oleh yang demikian, info dan akses staf terhadap SPMP akan dapat dikawal melalui proses ini.